Mark Zuckerberg percaya masa depan dunia ialah metamesta dengan berbilion telah dibelanjakan supaya syarikat beliau menjadi yang pertama melancarkannya. Tunjang kepada dunia metamesta ini ialah set kepala Meta Quest. The Verge pagi ini melaporkan mereka telah melihat pelan hala tuju kesemua set kepada Meta Quest akan datang.

Sebuah kaca mata pintar dengan skrin terbina akan dilancarkan bersama dengan sebuah jam tangan antaramuka neural pada tahun 2025. Jam tangan ini boleh digunakan untuk mengawal kaca mata pintar. Ia mungkin menggunakan teknologi EMG untuk membaca gelombang otak bagi mengawal permainan yang diperlihatkan oleh mereka tahun lalu.

Seterusnya sebuah set kepala AR pula akan dilancarkan menjelang 2027. Ini ialah peranti yang Zuckerberg percaya akan menggantikan penggunaan telefon pintar di masa hadapan. Pada tahun ini pula Meta Quest 3 akan dilancarkan dengan ia dua kali ganda lebih nipis tetapi dua kali ganda lebih berkuasa.
Meta Quest baharu ini pastinya menggunakan cip Snapdragon XR yang terkini kerana Meta dan Qualcomm telahpun menandatangani perjanjian tahun lalu.
- Sumber
- Sumber – The Verge