Carian
Peranti Skrin Boleh-Lipat Pertama OnePlus Akan Dilancarkan Tahun Ini
March 2, 2023 Effi Saharudin

Di MWC ramai meramalkan OnePlus akan memperlihatkan rekaan peranti skrin boleh-lipat pertama mereka selepas sekadar mengacahnya sahaja. MWC sudah berakhir tetapi yang diperlihatkan hanyalah OnePlus 11 Concept dengan sistem penyejukan cecair. Tetapi Pete Lau telah mengesahkan menerusi akaun Twitter beliau bahawa peranti skrin boleh-lipat pertama mereka akan muncul tahun ini.

Misteri di sini hanyalah sama ada ia bersaiz besar seperti Oppo Find N2 atau kompak seperti Oppo Find N2 Flip. Dengan Oppo Find N2 belum diumumkan ke pasara global, mungkin peranti skrin boleh-lipat OnePlus akan menjadi versi Find N2 versi global.

Berdasarkan pengalaman peribadi kami menggunakan Find N2 tahun lalu, ia adalah peranti yang seharusnya dipasarkan dengan pantas ke pasaran global. Dengan rekaan lebih kompak dan selesa dalam tangan, Find N2 ialah peranti skrin boleh-lipat paling ergonomik pernah kami gunakan setakat ini.

Komen