Cari @ Amanz

Oppo Pad Air Dan Enco Air3 Kini Ditawarkan Dalam Pilihan Warna Ungu

Link Copied!

Oppo Pad Air telah dilancarkan di Malaysia pada Julai tahun lepas dengan harga pada RM1099 (4GB/64GB) dan RM1299 (4GB/128GB). Sementara itu Oppo Enco Air3 pula dijual pada RM249 bermula Februari lalu. Terbaharu kedua-duanya kini ditawarkan dalam pilihan warna baharu ungu sekaligus menjadikan keseluruhannya mempunyai dua pilihan warna yang boleh dipilih oleh pengguna. Bagi yang berminat, harga jualan masih kekal dan ia boleh didapati menerusi kedai atas talian Oppo Malaysia bermula hari ini.

Oppo Pad Air dilengkapi skrin 10.36-inci LCD beresolusi 2K (2000 X 1200 piksel). Cip Snapdragon 680 digunakan bersama padanan memori 4GB RAM dan storan dalaman mencapai 128GB. Melengkapinya juga adalag bateri 7,100mAh yang menyokong pengecasan 18W, di samping pembesar suara yang ditala oleh Dolby Atmos. Tidak ketinggalan, kamera utama 8-Megapixel, kamera swafoto 5-Megapixel dan sistem operasi ColorOS 12.1 turut disertakan pada tablet ini.

Selanjutnya Oppo Enco Air3 pula merupakan set fon telinga sejenis terbuka yang didatangkan dengan pod pengecas lut cahaya. Ini dipadankan pula dengan pemandu audio 13.4mm yang menyokong algoritma Oppo Audio Live bagi kesan bunyi yang lebih jelas. Tambatan pantas boleh dibuat menerusi Bluetooth 5.3 yang turut sama menyokong sambungan dua peranti secara serentak. Kapasiti bateri 300mAh disertakan dengan ketahanan hingga 25 jam, selain turut melepasi penarafan kalis air IP54.


Komen ()