Carian
CoverScreen OS Kini Menyokong Oppo N2 Flip – Skrin Luar Boleh Digunakan Sepenuhnya
March 14, 2023 Fahim Zahar

CoverScreen OS (CSOS) adalah aplikasi yang menjadikan skrin luaran peranti dengan skrin boleh-lipat digunakan sepenuhnya dan tidak terhad kepada widget sahaja. CSOS telah diperkenalkan sejak Samsung Galaxy Z Flip 3 lagi dan kini dikemaskini untuk digunakan pada Oppo N2 Flip pula.

CSOS sebenarnya adalah pelancar sahaja yang diaplikasikan kepada skrin luar peranti agar skrin 3.26-inci di luar boleh dimanfaatkan. Ini secara tidak langsung membenarkan pengguna membuka YouTube, bermain permua, melayari web pada Chrome, dan banyak lagi.

Aplikasi ini turut memberikan pengguna lebih banyak widget dan tidak terhad kepada apa yang Oppo tawarkan sahaja. Bukan itu sahaja, widget dari aplikasi pengguna sendiri turut boleh digunakan melalui CSOS.

Akan tetapi, untuk menggunakan aplikasi ini sepenuhnya bayaran serendah RM4.49 atau mencapai RM479.99 akan dikenakan kepada pengguna. Versi percuma mempunyai penggunaan yang terhad.

Komen