Apple Music Lossless Ialah Penyebab Pelancaran Spotify HiFi Ditangguhkan
Effi Saharudin
Pelanggan Spotify Premium hanya boleh mendengar dengan iri hati pengguna Apple Music yang dapat menikmati penstriman audio pada kualiti nirhilang. Peminat setia Spotify masih ternanti-nanti bilakan Spotify HiFi yang diumumkan dua tahun lalu akan dilancarkan. Tetapi kini menurut The Verge, Spotify HiFi sebenarnya sudah bersedia untuk dilancarkan tetapi terpaksa ditangguhkan disebabkan oleh tindakan Apple. Ini disahkan oleh presiden bersama Spotify Gustav Söderström.

Apple Music ditawarkan dengan audio nirhilang tanpa pelanggan perlu membayar lebih. Disebabkan apa yang dilakukan Apple ini, pelancaran Spotify HiFi ditangguh kerana Spotify ingin menawarkannya pada harga langganan yang lebih tinggi berbanding Premium biasa.
Sungguhpun ditangguh, Söderström berkata Spotify HiFi masih dalam perancangan syarikat cuma tarikh baharu ia akan dilancarkan masih lagi kabur. Pada awalnya ia sepatutnya dilancarkan pada penghujung 2021. Sebagai platform penstriman muzik nombor satu dunia, penawaran audio yang lebih tinggi adalah perlu. Persoalannya adalah berapakah yang sanggup dibayar pengguna untuk menikmati audio sebaik Apple Music, Tidal dan Amazon Music?
[sumber] Sumber – The Verge [/sumber]