Carian
Bagaimana Guna ShopeePay Sebagai Mod Bayaran Di Apple App Store Dan iCloud?
March 16, 2023 Fahim Zahar

Hari ini Shopee mengumumkan yang dompet digital mereka ShopeePay kini boleh digunakan sebagai mod bayaran di Apple App Store. Ini memudahkan lagi pengguna yang menyimpan banyak baki duit dalam ShopeePay untuk melakukan pembayaran pada aplikasi, pembelian dari dalam aplikasi atau turut beli/sewa video di Apple TV.

Dalam artikel ini akan saya kongsi cara menetapkan ShopeePay sebagai mod bayaran serta cara menggunakannya.

Tambah ShopeePay Di App Store

  1. Buka App Store dan tekan gambar profil.
  2. Tekan nama pengguna, sahkan identiti dan pilih Uruskan Bayaran.
  3. Tekan Tambah Kaedah Bayaran dan pilih ShopeePay, kemudian terus tekan Log masuk ke ShopeePay.
  4. Masukkan nombor telefon yang anda gunakan pada Shopee.
  5. Sahkan dengan memasukkan kod OTP. Anda mungkin perlu melakukan pengesahan OTP melalui emel juga.
  6. Selepas pengesahan akaun, telan I Agree dan tekan Back to Merchant.
  7. Anda turut boleh menukar akaun ShopeePay lain dengan mudah.

Bayar Dengan ShopeePay Di Apple TV

Cara yang sama dengan Apple App Store, saya pilih Apple TV kerana tiada aplikasi yang ingin saya beli atau bayar langganan.

  1. Pastikan ShopeePay berada di senarai paling atas untuk mod bayaran.
  2. Buka Apple App Store atau Apple TV.
  3. Pilih aplikasi yang perlu dibayar atau pilih mana-mana kandungan video (pilih sewa atau beli).
  4. Kemudian ikuti arahan untuk tekan dua kali butang kuasa.
  5. Sahkan identiti dengan Face ID atau Touch ID.
  6. Selesai, lihat baki anda di aplikasi Shopee akan terus ditolak.
#image_title

Selain Shopee, Apple turut membenarkan pengguna melakukan bayaran menggunakan TNG eWallet. Saya secara peribadi lebih banyak gunakan TNG, jadi mod pembayaran lalai yang saya tetapkan adalah kaedah ini.

Anda pula bagaimana, adakah anda memilih ShopeePay atau TNG eWallet?

Komen