Cari @ Amanz

Samsung melancarkan Exynos Connect U100 hari ini dengan ia menggabungkan kesemua sistem bluetooth, WiFi dan UWB (Ultra Wide Band) dalam sebuah cip yang direka sendiri. Ini meletakkan mereka di hadapan Apple sedang membangunkan cip BT dan WiFi sendiri bagi menggantikan cip Broadcom.

Keunikan cip U100 ialah ia turut menyokong UWB. Pada peranti Apple cip U1 digunakan sejak beberapa tahun lalu untuk sistem UWB untuk AirTag. Dengan U100, objek boleh dijejak dalam jarak bawah 10 centimeter dan dalam lingkungan sudut 5 darjah dari lokasi.

Samsung menyatakan U100 juga boleh digunakan pada peranti pintar, automotif dan peranti internet benda. Kemampuan dijadikan kunci digital juga disertakan sekali dengan ia melepasi piawaian Car Connectivity Consortium (CCC) Digital Key Release 3.

Peranti pertama dengan U100 belum diumumkan tetapi pelancarannya hadir beberapa minggu selepas muncul berita Samsung SmartTag generasi kedua akan dilancarkan tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd