Cari @ Amanz

Peranti dengan skrin boleh-lipat kini sudah menjadi trend. Tetapi yang banyak di pasaran sekarang adalah jenis bentuk buku seperti Samsung Galaxy Z Fold, Vivo X Fold, Xiaomi Mix Fold, Oppo N2 dan banyak lagi. Akan datang OnePlus dan Google juga akan hadir dengan peranti sebegini.

Tetapi yang tidak banyak di pasaran sekarang adalah peranti seakan Galaxy Z Flip. Pesaing terdekat sekarang adalah Motorola Razr dan yang terbaru adalah Oppo N2 Flip. Terkini Vivo dilaporkan ingin hadir dengan peranti lebih kurang sama di bawah nama Vivo X Flip.

Peranti ini dikatakan akan dilancarkan tidak lama lagi kerana dipercayai nombor model V2256A yang tersenarai di Google Play adalah untuk peranti X Flip ini. Memandangkan Vivo juga adalah jenama di bawah BBK Electronics adakah bermakna peranti ini nanti akan mempunyai teknologi lebih kurang sama?

Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd