VirnetX memenangi kes saman ke atas Apple yang didakwa menggunakan teknologi yang dipatenkan oleh mereka pada aplikasi seperti iMessage. Kes yang sudah berlarutan sejak 2010 ini masih belum berakhir walaupun Apple diarahkan membayar ganti rugi $502 juta kepada VirnetX. oleh mahkamah di Texas pada tahun 2020.

Minggu ini mahkamah rayuan menyebelahi Apple selepas Pejabat Paten dan Tanda Dagang membatalkan dua paten milik VirnetX yang dijadikan asas saman difailkan sebelum ini. Selama ini Apple bertegas teknologi yang digunakan oleh mereka tidak melanggar sebarang paten dengan VirnetX dituduh adalah sebuah syarikat toyol paten yang tidak pernah menghasilkan sebarang produk. Kes saman digunakan oleh VirnetX untuk mengaut keuntungan daripada syarikat yang didakwa melanggar paten mereka.
Kes ini masih belum berakhir kerana VirnetX akan memfailkan pula rayuan ke Mahkamah Tinggi untuk sekaligus menyelesaikan kemelut yang sudah berlarutan selama 13 tahun.
- Sumber
- Reuters