Cari @ Amanz

Realme 10 Pro Coca-Cola Edition adalah peranti yang unik. Ini kerana Realme berjaya berkolaborasi dengan jenama yang besar dan menjadikan set pembelian peranti ini dilengkap dengan akseori Coca-Cola, pin SIM edisi khas serta rekaan peranti yang nampak seakan air tin Coca-Cola yang masih basah.

Realme sebelum ini telah mengesahkan yang peranti ini hanya terdapat 6000 unit untuk dipasarkan secara global. Hari ini mereka mengesahkan yang Malaysia adalah 1 daripada 5 negara yang akan menawarkan peranti edisi khas ini.

Masih tiada khabar mengenai berapa unit yang terdapat di Malaysia. Tetapi ada khabar menyatakan Malaysia hanya menerima stok sekitar beberapa ratus sahaja. Harga jualan pun masih tidak diketahui lagi buat masa ini.

Realme 10 Pro 5G Coca-Cola Edition hadir dengan skrin 6.7-inci LCD FHD+ 120Hz, dijana cip Snapdragon 695 5G, memori 8GB RAM + 8GB RAM memori maya serta storan dalaman 256GB. Kamera 108MP dengan ciri Street Photography Mode 3.0, bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 33W. Peranti menjalankan Realme UI 4.0 Android 13 dengan tema khas Coca-Cola termasuk pada gambar latar, nada dering dan ikon.

Adakah anda akan membeli peranti ini nanti?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd