Cari @ Amanz

Sebelum ini telah kami laporkan yang Coca-Cola akan hadir dengan telefon pintar tersendiri. Peranti ini pada awalnya dikatakan adalah Realme 10 4G, tetapi baru-baru ini disahkan peranti edisi jenama air bikarbonat ini adalah Realme 10 Pro 5G Coca-Cola Edition.

Realme 10 Pro Coca-Cola Edition ini akan dilancarkan pada 10 Februari akan datang dan hari ini imej penuh peranti ini didedahkan. Bukan itu sahaja, wakil Realme Malaysia turut mengesahkan kepada kami yang peranti ini turut akan dilancarkan untuk pasaran tempatan.

Melalui gambar yang dikongsi, panel belakang Realme 10 Pro Coca-Cola Edition ini menggunakan tema warna hitam/merah ikonik Coca-Cola dengan kemasan mimik seakan logam tetapi binaan peranti adalah aliminium. Logo Coca-Cola juga dipangkas untuk memberi “tenaga” baharu, memeberi mesej positif dan sesuai untuk golongan muda.

Realme 10 Pro 5G Coca-Cola edition hadir dengan skrin 6.7-inci LCD FHD+ 120Hz, dijana cip Snapdragon 695, kamera 108MP dan mempunyai kapasiti bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 33W.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd