Sekarang ramai mencari alternatif Pixel Launcher untuk digunakan pada peranti Android kerana membawakan antaramuka yang mudah digunakan dan nampak kemas. Tetapi bertahun dulu ramai tergila-gila Google Now Launcher yang menjadi lalai pada peranti Nexus 5.

Google Now Launcher digunakan ramai pada tahun 2014 selepas menyokong lebih banyak peranti Android 4.1 ke atas dan tidak terhad kepada Nexus sahaja. Selepas banyak ciri dan fungsi Google Now seperti informasi cards (kini dalam Google Discovers) dan Google Assistant diintegrasikan ke dalam Android penggunaan Google Now semakin berkurangan.
Pada tahun 2017 aplikasi ini dibuang dari Play Store. Tetapi kemaskini diteruskan melalui pemasangan aplikasi Google. Baru-baru ini pada aplikasi Google 14.14 sokongan Google Now telah dihentikan sepenuhnya bermula bulan April ini.

Bagi pengguna yang masih menggunakan Google Now sebagai pelancar Android peranti anda akan bertukar ke pelancar lalai secara automatik. Alternatif lain anda boleh muat turun Lawnchair 2, Niagara Launcher, Hyperion Launcher atau juga Nothing Launcher.
- Sumber
- 9to5Google