Cari @ Amanz

Amazon menutup laman BookDepsitory dan DPReview sejak beberapa minggu kebelakangan ini yang menimbulkan kemarahan pengguna. Ramai melihat ini sebagai langkah Amazon untuk mula mengurangkan kos bagi meningkat keuntungan. Tumpuan diberikan kepada angkasa lepas pula sekarang dengan Jeff Bezos memberikan tumpuan kepada Blue Origin yang menghantar pelancong ke angkasa lepas dan kelak ke permukaan bulan.

Pada tahun 2021, Amazon Project Kuiper diumumkan sebagai usaha mereka untuk menawarkan perkhidmatan internet satelit seperti StarLink. Hari ini Amazon mengumumkan mereka menyasarkan akan menawarkan Project Kuiper kepada pelanggan pertama bermula 2024. Pembinaan rangkaian satelit secara besar-besaran akan dilakukan menjelang penghujung tahun ini sebelum ia mula dilancarkan ke orbit dalam 6 bulan pertama 2024.

Dua jenis terminal akan ditawarkan dengan satu sistem mempunyai penerima isyarat berbentuk empat segi sebesar 7″. Menerusi sistem ini kelajuan sehingga 100 Mbps boleh dinikmati. Sebuah lagi penerima isyarat adalah sebesar 19″ x 30″ yang menawarkan kelajuan muat turun sehingga 1Gbps.

Terminal akses internet Project Kuiper menelan belanja sekitar $400 untuk dibina. Jika Amazon menjualnya pada harga lebih rendah daripada StarLink ($599 sebuah) mereka boleh memberikan persaingan kepada syarikat yang dimiliki oleh Elon Musk ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd