Cari @ Amanz

Samsung dan AMD menandatangani perjanjian meneruskan usahasama mereka untuk menawarkan cip AMD Radeon pada cip mudah alih Exynos. Walaupun usaha pertama mereka tidak begitu berjaya, kedua-dua syarikat bersetuju menyambung usahasama mereka untuk beberapa tahun lagi.

Tahun lalu cip Exynos 2200 dengan GPU Samsung Xclipse telah berjaya dihasilkan untuk cip mudah alih dengan ia berasaskan senibina RDNA 2 milik AMD. Ia merupakan GPU untuk cip mudah alih pertama yang membawakan sokongan ray tracing dan variable rate shading yang kini turut disokong cip Qualcomm serta MediaTek.

Samsung masih belum mengibarkan bendera putih untuk membangunkan cip Exynos yang mempunyai prestasi terabaik cip mercu Snapdragon. Usaha membangunkan Exynos for Galaxy masih diteruskan dengan sasaran asal melancarkan cip khusus untuk peranti Galaxy ini pada tahun 2025.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd