Cari @ Amanz

YouTube telah lama bereksperimen dengan ciri podsiar pada platform penstriman mereka. Walaupun pengguna boleh menstrim banyak kandungan podsiar melalui video yang diterbit oleh pencipta kandungan platform mereka tidak mempunyai kategori khas.

Dua bulan lepas telah kami laporkan yang kandungan podsiar akan disertakan dalam YouTube Music bagi bersaing dengan Spotify yang bertahun sudah menawarkan ciri ini. Kemudian tab khas podsiar mula dipaparkan pada halaman saluran.

Terkini akhirnya YouTube telah melancarkan podsiar secara rasmi pada YouTube Music. Cuma buat masa ini ia terhad kepada pengguna di Amerika Syarikat sahaja. Menurut YouTube kandungan podsiar boleh ditonton pada aplikasi utama dan sambung mendengar melalui YouTube Music pula.

Menurut YouTube pengalaman mendengar podsiar ini akan berbeza mengikut pengguna percuma dan yang berbayar. Pengguna percuma mungkin akan mendengar iklan dari YouTube sementara beberapa ciri pula eksklusif kepada pengguna Premium sahaja. Pengguna Premium turut akan mendengar iklan tetapi terhad kepada iklan tajaan oleh hos sahaja.

Pengalaman penstriman podsiar ini ditawarkan kepada pengguna Android, iOS dan juga web.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd