Snapchat Sedang Menguji Paparan Iklan Pada My AI
Fahim Zahar
My AI adalah ciri kecerdasan buatan Snapchat yang menggunakan teknologi GPT dari OpenAI. My AI merupakan chatbot yang menjadi kawan berbual pengguna. Ciri ini dibenci ramai kerana My AI secara lalai disematkan di atas barisan mesej pengguna dan hanya pengguna Snap+ sahaja boleh membuang My AI dari senarai perbualan.
Terkini Snap yang tidak mendengar keluhan pengguna mereka terus mengembangkan My AI untuk menjana pendapatan pula. MyAI kini sedang menguji kemampuan memaparkan iklan. Iklan ini dikatakan akan hadir dalam bentuk pautan dan hanya berkaitan dengan soalan yang pengguna tanya kepada My AI.
Snap menyatakan antara ciri My AI adalah menjawab cadangan tempat makan dan antara iklan yang akan dipaparkan mungkin adalah pautan ke restoran tertentu, atau pautan mengenai perkhidmatan penghantaran makanan.

Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.