Cari @ Amanz

Agensi Angkasa Eropah (ESA) mengumumkan projek SOLARIS tahun lalu dengan ia adalah stesen jana kuasa solar di angkasa lepas. Tenaga yang dijana daripada panel solar di angkasa lepas ini akan dipancarkan semula ke bumi. Kerana ia sentiasa di angkasa lepas, tenaga elektrik boleh dijana 24 jam sehari.

ESA kini mengumumkan kontrak diberikan kepada d by Arthur D Little dan Thales Alenia Space untuk menghasilkan konsep untuk menjayakan projek SOLARIS. Menerusi dua konsep ini, ESA akan melihat kebolehlaksanaan SOLARIS dan apakah teknologi yang perlu dibangunkan bagi menjadikannya realiti. Konsep dijangka akan dibentangkan menjelang penghujung tahun ini.

Berdasarkan konsep ini, keputusan untuk meneruskan SOLARIS akan dilakukan menjelang 2025. Selain ESA, China dan Jepun juga mempunyai perancangan membangunkan sistem janakuasa solar angkasa lepas yang dipancarkan di bumi. Jepun ingin menjadikannya realiti pada tahun 2025 dan China pula menjelang 2028.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd