Syarikat China Ingin Melancarkan Panel Solar Ke Angkasa Bagi Menjana Elektrik 24 Jam

Diterbitkan pada Sep 24, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sebuah syarikat dari China ingin melancarkan panel solar ke angkasa lepas bagi membolehkan kuasa elektrik dijana 24 jam sehari. Projek akan dibangunkan oleh Longi Green Energy Technology Company yang berpangkalan di Xi’an.

Tahun ini China berkata mereka berjaya melakukan ujian memancarkan kuasa elektrik dari panel solar di angkasa dengan ia dihantar semula ke bumi menerusi gelombang mikro. Ini adalah satu lagi usaha untuk mengurangkan pergantungan China kepada sistem menjana elektrik menggunakan bahan api fosil.

Sebelum ini China mengumumkan mereka ingin mula menjana elektrik menggunakan panel solar di angkasa menjelang 2028 yang diubah dari tarikh asal 2025. Projek oleh Longi ialah langkah pertama untuk menjadikan mereka negara pertama yang mampu melakukannya.

Pelbagai projek ladang solar terbesar dunia telah beroperasi di China dan negara ini juga menghasilkan matahari buatan manusia untuk merealisasikan reaktor nuklear gabungan yang lebih bersih. Selain China, Kesatuan Eropah turut telah mengumumkan keinginan menjana elektrik di angkasa menjelang 2025.

komen


© Amanz / 2022 Kami