Cari @ Amanz

Setiap telefon pintar akan menggunakan skrin dengan perlindungan khas bagi memastikan ia tidak mudah calar, retak atau terus pecah. Sesetengah peranti turut menggunakan kaca khas di panel belakang seperti iPhone misalnya. Antara kaca yang popular adalah Corning Gorilla Glass 5, Victus dan yang Apple gunakan (juga oleh Corning) Ceramic Shield.

Tetapi di China, Huawei ada kaca tahan lasak tersendiri melindungi peranti mercu mereka. Kaca ini diberikan nama sebagai Kunlun. Kaca ini menggunakan 108 jenis proses selama 24 jam, melalui proses peleburan mencapai 1600 darjah dan mempunyai kristal-nano yang menjadikan kaca tahan lasak seakan sebiji batu dengan jaminan tidak akan pecah.

Kami sendiri pernah mengujinya dengan mencampak peranti skrin ke bawah dan ia selamat. Teknologi kaca ini boleh didapati pada peranti Huawei Mate50 Pro, skrin luar Mate X3 dan juga P60 Pro. Kini Digital Chat Station mendakwa yang Honor juga akan mempunyai kaca tahan lasak tersendiri.

Kaca ini dikatakan akan menggunakan nama Giant Rhinoceros Glass. Kaca ini dikatakan mungkin akan mempunyai ketahanan sama dengan Kunlun atau mungkin lebih kuat. Ia dijangka akan digunakan pada peranti skrin boleh lipat Honor seterusnya iaitu Magic V2. Jika benar Honor mempunyai kaca ini akan datang akan ada dua kaca menerima pengiktirafan anti-jatuh 5 bintang Swiss SGS.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd