Di acara Google I/O 2023 awal pagi tadi Google sekali lagi dengan selamba cuba mengejek Apple kerana tidak mengintegrasikan RCS ke dalam iOS. Google ingin cuba menyelarikan penggunaan RCS ke semua sistem operasi kerana ia adalah pemesejan generasi baharu menggantikan SMS dan MMS.
Menurut Google RCS kini mempunyai 800 juta pengguna aktif setiap bulan. Ini adalah 300 juta peningkatan pengguna berbanding tahun lepas. Google turut tidak berhenti mengejek Apple, pernah cuba membantu tetapi Apple tidak ingin menyertakan RCS kerana pengguna mereka tidak memintanya.

Google turut menyatakan yang RCS, WhatsApp atau Signal adalah lebih baik dan selamat berbanding iMessage. Jika anda ada aplikasi Google Messages pada peranti Android dan pernah menghantar mesej ke pengguna Android lain anda mungkin tidak sedar yang ia bukan lagi SMS tetapi SMS.
Adakah anda pengguna RCS di Malaysia atau rasakan aplikasi pemesejan seperti WhatsApp adalah lebih baik dan memudahkan? Apa kata anda mengenai RCS vs iMessage ini?