Jika dahulu orang ramai akan menggunakan Google untuk mencari maklumat sehingga frasa “Googlelah sendiri”, “Google je” dan banyak lagi menjadi kebiasaan. Tetapi sejak era video menegak lebih-lebih TikTok yang menjadi sohor kini, golongan muda mula menggunakan platform ini sebagai tempat mencari maklumat.
Permintaan tinggi untuk kandungan visual juga dijangka akan mengubah evolusi Google Search sehingga sekitar 40% pengguna muda menjadikan bukan sahaja TikTok tetapi juga Instagram sebagai enjin carian.

Terbaru TikTok ingin menggalakkan orang ramai menggunakan platform mereka sebagai enjin carian dengan memperkenalkan widget untuk Andorid dan iOS. Widget ini bersaiz sederhana dan menawarkan empat ciri iaitu pertama untuk terus mencari sesuatu. Kemudian turut boleh melihat video orang yang pengguna ikuti, akses pantas untuk kongsi video sendiri dan semak peti masuk.
Widget ini tersedia pada TikTok versi terkini di Android dan iOS hari ini.
- Sumber
- Mashable