Cari @ Amanz

HTC membuat kemunculan semula menerusi produk baharu yang bakal diumumkan pada 18 Mei ini. Poster dikongsi tidak mendedahkan sebarang butiran lanjut, namun ramai menjangkakan ia boleh menjadi pelancaran untuk telefon mercu HTC U23 Pro. Menguatkan lagi jangkaan ini apabila semakin banyak maklumat mengenainya kedengaran sejak kebelakangan ini sehinggakan ada beberapa hal diantaranya yang mengecewakan.

Dengan logo Viverse pada poster turut memberi petanda jelas yang mana peranti kelak menyokong teknologi maya Vive. Tetapi masih terdapat banyak perkara yang belum dapat dirungkai buat masa ini. Seperti biasa sama-sama nantikan pelancaran rasmi kelak bagi melihat kejutan disediakan oleh HTC untuk kali ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd