Cari @ Amanz

Bukan lagi satu kejutan apabila peranti dengan skrin boleh-lipat pertama OnePlus akan menggunakan teknologi dan rekaan lebih kurang sama dengan Oppo Find N. Mereka adalah adik-beradik yang berkongsi semuanya secara adil dan saksama.

Terbaru, 91Mobiles melaporkan yang peranti OnePlus V Fold dan Oppo Find N3 akan menggunakan rekaan yang sama. Bukan itu sahaja kedua-dua peranti ini juga dijangka akan menggunakan konfigurasi kamera yang sama dengan Oppo Find X6.

Ini bermakna dua peranti ini berpotensi mempunyai bonggol kamera berbentuk bulat dan menggunakan teknologi Hasselblad. Oppo Find X6 menggunakan konfigurasi kamera 50MP Sony IMX890 + 48MP Sony IMX581 + 32MP persiksop.

Maklumat lain mengenai peranti-peranti masih tidak jelas. Sumber mendakwa skrin dalam V Fold dan Find N3 adalah 8″ dengan 120Hz, kamera 20MP di skrin luar, kamera 32MP di skrin dalam dan bateri berkapasiti 4805mAh. Peranti OnePlus V Fold dijangka akan dilancarkan pada bulan Ogos.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd