Geely merupakan sebuah jenama yang tidak asing lagi dalam arena automotif. Mereka sedia melakukan pelaburan pada sejumlah syarikat automotif, termasuk Proton di Malaysia. Terkini, hari ini Geely turut menambah pegangan mereka pada pengeluar kereta mewah, Aston Martin.

Geely mengumumkan akan melabur sebanyak 234 juta pound pada Aston Martin, sekaligus menjadikan mereka pemegang saham ketiga terbesar pada Aston Martin. Pelaburan ini membolehkan Geely mempunyai 17% pegangan pada syarikat tersebut.
Pelaburan ini dijangka akan membantu operasi Aston Martin, termasuk mengurangkan kadar hutang syarikat tersebut. Selain Aston Martin dan Proton, Geely turut mempunyai pegangan pada Volvo, Zeekr dan juga Lotus. Untuk makluman, pihak Aston Martin turut pernah hadir dengan kereta edisi terhad JDT sebelum ini.
- Sumber
- Reuters