Snapchat Menambah Penjana Imej Pada My AI Untuk Pelanggan Snap+
Fahim Zahar
Beberapa bulan lepas Snap telah mengintegrasikan ChatGPT dalam Snapchat melalui My AI sebagai rakan digital pengguna. Sayang sekali Snap seakan memaksa pengguna untuk mencuba ciri ini sehinggakan ramai membencinya. Malah jika ingin menyembunyikan My AI, Snap+ wajib dilanggan.
Snap masih ingin mengembangkan penawaran perkhidmatan kecerdasan buatan mereka dengan baru-baru ini menambah sokongan penjana imej pada My AI. Pengguna boleh menghantar sesuatu imej dan My AI akan membalas dengan imej baharu yang telah diubahsuai. Ciri ini turut terhad kepada pelanggan Snap+.

Contohnya adalah menghantar gambar-gambar barang dapur, My AI akan membalas dengan resipi. Jika ada gambar bersama kawan, keluarga dan sebagainya My AI akan memberi reaksi kepada imej. Snap turut menyatakan sistem kecerdasan buatan mereka dibina untuk tidak menyebelahi mana-mana pihak, tidak memberikan maklumat palsu atau merbahaya.
Pengguna juga tidak digalakkan bergantung kepada My AI untuk nasihat. Snap turut menyatakan pengguna digalakkan menyukai semua mesej yang My AI hantar agar ia boleh menjadi lebih bijak dan berguna di masa akan datang.
[sumber] Snapchat [/sumber]