Cari @ Amanz

Jam tangan pintar Amazfit terkenal dengan rekaan yang seakan Casio G-Shock tetapi dijual pada harga yang mampu milik. Rekaan ini bukan sekadar estetik semata-mata kerana jam tangan seperti Amazfit T-Rex misalnya memang tahan hentakan serta dibekukan dalam bongkah ais. Hari ini rekaan Amazfit Cheetah dan Cheetah Pro telah tertiris dengan kedua-duanya mirip jam tangan keluaran Garmin.

Jam tangan hadir dengan muka jam berbentuk bulat dengan tubuh yang nampak tahan lasak tetapi tidak berbongkah seperti T-Rex. Sekilas pandang nampak seperti model Garmin Forerunner 965. Dua model yang tertiris mempunyai tali jam silikon dan satu lagi dari jenis kanvas tahan lasak. Nampak segak tetapi masih mengekalkan elemen rekaan yang pasti menggembirakan insan yang mempunyai gaya hidup aktif.

Tiada maklumat mengenai tarikh pelancaran ataupun ciri tambahan selain penjejak kesihatan yang akan disokong oleh Amazfit Cheeth pada waktu.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd