Cari @ Amanz

Xiaomi 13 Ultra akhirnya memasuki pasaran global sejak pengenalannya di China pada April lalu. Bermula di Hong Kong, peranti ini kemudiannya akan ke pasaran Eropah pula pada 12 Jun akan datang. Namun masih timbul persoalan mengenai penawarannya di Malaysia yang menjadi misteri tetapi tentunya akan dikongsi sekiranya berlaku kelak.

Xiaomi 13 Ultra 6.74 AMOLED LTPO 120Hz dengan keterangan maksimum 2600nits. Seterusnya cip Snapdragon 8 Gen 2 dengan memori sehingga 16GB RAM dan storan 512GB digunakan sebagai tunjang utama peranti. Bateri adalah berkapasiti 5000mAh dengan pengecasan berwayar 90W, nirwayar 50W dan berbalik 10W. Menariknya lagi apabila peranti turut boleh digunakan sehingga 1 jam lamanya meskipu n bateri di tahap 1% menerusi mod hibernasi terbina.

Kamera utama pula sebesar 50MP 1″ Sony IMX 989 dengan OIS, ultra sudut lebar 50MP Sony IMX 858, telefoto 50MP Sony IMX 858 zum optikal hingga 3.2X (OIS) dan telefoto 50MP Sony IMX 858 pula dengan zum optikal sehingga 5X. Kamera swafoto pula adalah 32MP yang diletakkan dalam sebuah lubang kamera.

Peranti juga melepasi piawaian kalis debu dan air IP68, di samping hadir dengan pembesar stereo dan pengimbas cap jari di bawah skrin.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd