Apple pada minggu lepas telah pun memperkenalkan set kepala tersendiri, dinamakan Apple Vision Pro. Salah satu perkara yang mengejutkan ketika pengenalan set kepala realiti-gabungan berkenaan adalah harganya, yang mana mencapai RM16,000.

Kini, berkongsi lanjut berkenaan dengannya, Bloomberg melaporkan Apple dijangka memperkenalkan model pada harga lebih rendah menjelang penghujung 2025 kelak. Ini bermakna, Apple tidak akan memperkenalkan sebarang model alternatif untuk Apple Vision Pro untuk tempoh sekitar dua tahun.
Pada masa yang sama, ia turut dilaporkan Apple telah pun memulakan pembangunan Apple Vision Pro generasi kedua yang hadir dengan cip pemprosesan lebih pantas.
Apple sendiri dijangka memasarkan Apple Vision Pro secara terhad mengikut beberapa pasaran bermula awal tahun 2024 kelak, selari dengan ketersediaan pelbagai aplikasi oleh pembangun untuk Vision OS.