Carian
Ini Ialah Wajah Sebenar Hobbit Indonesia Homo Floresiensis 
June 12, 2023 Effi Saharudin

Rangka manusia purba ditemukan di Gua Liang yang terletak di Kepulauan Flores, Indonesia pada tahun 2003. Semasa ditemukan penyelidik menyedari ia mungkin spesis purba manusia baharu yang hanya berketinggian sekitar 1.06 meter yang hidup antara 16,000-18,000 tahun yang lalu. Nama saintifik rasmi untuk spesis ini ialah Homo Floresiensis tetapi kerana kepopularan filem Lord of The Rings ketika ia ditemukan ia lebih dikenali sebagai Hobbit Indonesia.

Terdapat beberapa usaha sebelum ini untuk menghasilkan imej wajah sebenar Hobbit Indonesia. Tetapi minggu lalu artis grafik Cicero Moraes menggunakan kepakaran 3D beliau dan imbasan tengkorak Hobbit Indonesia untuk menghasilkan anggaran wajah sebenarnya. Imej dijana menggunakan perisian Blender 3D.

Morae terlibat dapat proses menghasilkan anggaran wajah Perak Man dan Penang Woman tahun lalu yang juga menggunakan teknik pengimejan 3D.

Komen