Carian
Dogen City Ialah Kota Terapung Yang Kalis Perubahan Iklim
June 12, 2023 Effi Saharudin

Kota seperti Miami, Venice, New York, Jakarta dan Johor Bahru akan diancam tenggelam kerana ketinggian air laut yang semakin meningkat disebabkan oleh perubahan iklim. Antara perancangan yang telah dilakukan di Venice ialah membina tembok penghalang. Hari ini rekaan konsep Dogen City diperlihatkan di Jepun dengan ia sebuah lagi kota terapung yang tidak akan tenggelam disebabkan oleh perubahan iklim.

Dogen City direka oleh firma N-Ark dengan ia berbentuk bulat dengan diameter 4 kilometer. Sekiranya dibina, ia boleh menampung sehingga 40,000 penduduk. Di dalam gegelung gergasi Dohgen City terdapat zon tempat tinggal, pejabat, industri, pertanian dan pusat data yang kesemuanya terapung.

Menurut N-Ark, Dogen City akan beroperasi secara kendiri dengan semua keperluan makanan, minuman dan tenaga adalah terbina. Pereka meletakkan sasaran Dogen City akan dapat dibina menjelang 2030.

Selain Dogen City, bandar terapung Oceanix City turut akan di Korea Selatan dan Penang BiodiverCity pula akan dibina di Pulau Pinang. Adakah masa depan manusia tinggal di dalam kota terapung seperti filem Waterworld?

Komen