Carian
Pengguna Terpilih WhatsApp Kini Boleh Menghantar Mesej Dalam Bentuk Video
June 14, 2023 Amy Maizuraa

Kemas kini baharu WhatsApp telah membolehkan pengguna merakam dan menghantar mesej dalam bentuk video. Pada awalnya sekadar di peringkat pembangunan, namun kini telah dilancarkan dan mula diedarkan kepada pengguna WhatsApp beta sama ada iOS atau Android terpilih untuk dicuba.

Secara umumnya, ia berfungsi seumpama penghantaran mesej audio dan pengguna perlu memastikan butang mikrofon pada bar sembang bertukar kepada mod video terlebih dahulu sebelum membuat rakaman. Panjang rakaman terhad sehingga satu minit dan mesej video tersebut akan dihantar dalam masa nyata tanpa kebolehan memajukan atau menyimpan pada peranti. Namun begitu, pengguna dikatakan masih boleh membuat rakaman atau tangkap layar pada skrin sekiranya mesej tersebut tidak dihantar menerusi ciri View Once.

Pengenalan ini boleh dianggap menarik kerana bukan sahaja memudahkan pengguna, malahan mesej juga boleh dihantar dengan cepat dalam keadaan tertentu. Sekali lagi dikatakan, ciri ini hanya disediakan buat pengguna WhatsApp Beta terpilih sahaja buat masa ini. Namun, kita boleh menjangkakan kemaskini bakal diedarkan secara meluas kepada lebih ramai pengguna dalam masa terdekat.

Komen