Madhav Sheth, CEO Realme Meninggalkan Syarikat
Effi Saharudin
Madhav Sheth CEO Realme mengumumkan beliau meninggalkan syarikat. Beliau memegang jawatan ini selama lima tahun dengan ia kini dipegang oleh Sky Li yang juga merupakan pengasas bersama Realme di India. Beliau tidak berkongsi ke mana beliau akan pergi selepas ini.

Peletakan jawatan beliau tiba beberapa minggu selepas Oppo, OnePlus dan Realme kini beroperasi secara kendiri di India selepas disiasat oleh kerajaan India. Antara langkah yang perlu dilakukan Realme ialah membina kilang memasang peranti mereka sendiri di India yang sebelum dikongsi dengan OnePlus dan Oppo yang kesemuanya adalah anak syarikat BBK Electronics.
Sebelum ini perniagaan Dizo juga telah ditamatkan dengan jenama peranti boleh pakai kini kembali di bawah naungan Realme. Sementara itu Oppo disiasat oleh kerajaan India kerana didakwa cuba mengelak cukai.

Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.