Carian
iPhone SE Gen 4 Dilaporkan Tidak Akan Dilancarkan Pada 2024
June 21, 2023 Fahim Zahar

Sebelum ini telah kami melaporkan yang pembangunan iPhone SE Gen 4 dibatalkan. Kemudian selepas Apple dikatakan akan membangunkan modem sendiri, pembangunan iPhone SE baharu ini dimulakan semula dan akan dilancarkan pada tahun 2024.

iPhone SE

Terbaru penganalisa Blayne Curtis dan Tom O’Malley daripada Barclays melaporkan yang iPhone SE Gen 4 tidak akan dilancarkan pada tahun 2024. Ini kerana pengeluaran modem 5G kendiri Apple hanya akan bermula pada tahun 2025 dan masih belum sedia untuk digunakan pada mana-mana model iPhone baharu.

Ini turut mencadangkan pada tahun 2025 nanti, besar kemungkinan kesemua iPhone 16 b turut akan kekal menggunakan modem daripada Qualcomm. Hanya selepas itu mungkin kita akan kedengaran iPhone SE baharu yang menggunakan rekaan mirip iPhone 14, skrin 6.1-inci dan menyokong Face ID.

Komen