Apple Vision Pro adalah set kepala yang dilihat ingin menggantikan penggunaan telefon dan juga komputer. Pelbagai ciri dan fungsi menarik telah diperlihatkan ketika acara WWDC 2023 dan tidak dinafikan Vision Pro adalah set kepala realiti gabungan paling canggih setakat ini.
Terbaru menurut MacRumors, Vision Pro akan mempunyai sokongan Travel Mode untuk digunakan dalam pesawat. Informasi ini diperoleh melalui perisian pembangunan yang dilancarkan baru-baru ini. Ini selari dengan apa yang Apple tunjuk dalam video demonstrasi mereka.
Tambahan sumber lagi, apabila pengguna mula mengaktifkan Vision Pro dalam pesawat visionOS akan mula meminta mengaktifkan mod merantau tadi. Pengguna turut akan diberi peringatan untuk duduk diam, Digital Persona tidak boleh digunakan, ciri Gaze Accuracy akan dihadkan dan ciri kesedaran (Awareness) akan dimatikan.
Mod merantau ini dikatakan adalah untuk keselesaan dan keselamatan pengguna sambil masih memberikan pengalaman penggunaan terbaik untuk menikmati kandungan realiti terimbuh atau realiti maya.