Cari @ Amanz

MediaTek telah melancarkan cip pemprosesan baharu pada bulan Mei lepas iaitu Dimensity 9200+ sebagai cip untuk peranti mercu. Baru-baru ini Vivo di China telah melancarkan peranti pertama menggunakan cip ini iaitu Vivo X90s.

Secara keseluruhan peranti ini masih sama lagi dengan Vivo X90 yang dilancarkan pada awal tahun. Skrin 6.78-inci AMOLED 120Hz FHD+, dijana cip Dimensity 9200+ yang dipadankan dengan memori mencapai 12GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.0. Bateri adalah 4810mAh dengan pengecasan pantas 120W, menyokong Bluetooth 5.3 dan WiFi 7. Vivo X90s turut masih kekal dijana dengan cip Vivo V2 untuk pengimejan.

Di belakang Vivo X90s masih menggunakan konfigurasi tri-kamera Zeiss 50MP Sony IMX866 sudut lebar + 12MP potret 2x zum optikal + 12MP sudut ultra-lebar yang masih kekal dengan sistem penstabilan tersendiri mereka dan menyokong rakaman video 4K. Di hadapan pula kamera swafoto masih sama iaitu 32MP.

Buat masa ini Vivo X90s hanya dijual di pasaran China. Terdapat tiga variasi dengan empat pilihan warna iaitu;

  • Vivo X90s 8/256 GB – ¥3,999 (~RM2,585)
  • Vivo X90s 12/256 GB – ¥4,299 (~RM2,778)
  • Vivo X90s 12/512 GB – ¥4,699 (~RM3,037)
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd