Virgin Galactic Berjaya Memulakan Operasi Komersil Pelancongan Ke Angkasa Lepas
Effi Saharudin
Sir Richard Branson berjaya mengalahkan Elon Musk dan Jeff Bezos menjadi bilionwan pertama berjaya ke angkasa lepas. Beliau menggunakan kapal angkasa VSS Unity beliau tiba ke permulaan angkasa lepas pada Julai 2021. Lewat semalam syarikat Virgin Galactic milik beliau berjaya memulakan perkhidmatan melancong ke angkasa lepas komersil pertama mereka Galactic 01.

Ini meletakkan Branson di belakang Bezos dan Musk yang kedua-duanya terlebih dahulu berjaya menghantar pelanggan berbayar ke angkasa lepas menerusi kapal angkasa New Shepard dan Crew Dragon.
Misi Virgin Galactic membawa tiga penumpang warga negara ke ketinggian maksimum 85 km untuk merasakan diri terapung tanpa graviti. Ini kekal selama beberapa minit sebelum Unity kembali ke bumi dan mendarat di Spaceport America.

Branson menawarkan tiket melancong Virgin Galactic sejak projek diumumkan sedekad yang lalu pada harga $450,000 seorang. Pada waktu ini Virgin Galactic hanya boleh melakukan satu pelancaran ke angkasa lepas sebulan. Empat pelancaran sebulan akan hanya dapat dicapai menerusi kapal angkasa baharu yang dijangka beroperasi pada tahun 2026.
Pelancongan ke angkasa lepas sudah ditawarkan oleh Roscosmos dengan Dennis Tito menjadi pelancong angkasa lepas pertama pada tahun 2001. Sejak itu impian untuk mengjadi seorang angkasawan boleh menjadi realiti asalnya anda mempunyai wang yang secukupnya.
[sumber] Virgin Galactic [/sumber]