TicWatch Pro 5 telah pun dilancarkan pada bulan Mei lalu sebagai jam tangan pintar pertama dijana dengan Snapdragon W5+ Gen 1 dan turut menjalankan Wear OS 3 yang terkini. Skrin kekal dengan teknologi dwi-skrin OLED 1.43″ + skrin ultra-kuasa rendah, memori 2GB RAM dan storan 32GB.
Jam juga dibina dengan bahan binaan tahan lasak, melepasi piawaian tekanann 5ATM, bateri 682mAh, tali jam 24mm serta turut menyertakan tombol berputar dengan tindak balas haptik. Jam ini sudah pun boleh dibeli di Malaysia pada harga RM1650.
TicWatch Pro 5 sudah pun saya gunakan untuk hampir setahun kerana mengujinya sejak masih dalam bentuk prototaip lagi. Saya ada kongsi video pengalaman penggunaan yang singkat dengan membandingkannya dengan Sequent SuperCharger 2.3 dan Apple Watch Series 8.