Threads dilancarkan secara mengejut semalam oleh Meta sebagai alternatif Twittr. Dalam masa hanya 24jam ia sudahpun mempunyai 50 juta pengguna. Ini bersamaan 1/8 pengguna Twitter dalam masa sehari sahaja. Jelas Threads mempunyai potensi menjadi pengganti Twitter yang lebih realistik berbanding Mastodon dan BlueSky.

Tetapi pada waktu ini Threads masih tidak mempunyai ciri-ciri yang lengkap jika dibandingkan dengan Twitter. Kekurangan paling ketara bagi kami ialah tiadanya sokongan menambah GIF pada muatan status. Tetapi jangan panik kerana ada cara untuk menggunakan GIF pada peranti Android dan iOS di Threads menerusi tutorial ini.
ANDROID
- Muat turun papan kekunci Swfitkey. Papan kekunci ini mempunyai ciri GIF terbina.
- Selepas dipasang jangan lupa pilih Swiftkey sebagai papan kekunci pada Android.
- Pada Swiftkey tekan ikon GIF yang tertera di atas papan kekunci. Pada Gboard lakukan perkara yang sama.
- Lakukan carian GIF yang ingin digunakan.
- Tekan GIF yang ingin digunakan dan ia akan diletakkan secara automatik pada tingkap mengarang status Threads.
- Tekan Post.
- Selesai.

Nota – Kami tidak gunakan Gboard untuk Android kerana ia tidak membenarkan salin tampal GIF ke dalam Threads.
iOS
- Muat turun papan kekunci Gboard atau Swiftkey. Kedua-dua papan kekunci ini mempunyai ciri GIF terbina juga pada iOS.
- Selepas dipasang jangan lupa pilih Gboard atau Swiftkey sebagai papan kekunci untuk iOS.
- Pada Swiftkey tekan ikon GIF yang tertera di atas papan kekunci. Ia terletak di sebelah ikon Bing.
- Lakukan carian GIF yang ingin digunakan.
- Tekan GIF yang ingin digunakan untuk menyalin. Kemudian tampal GIF tersebut pada tingkap mengarang status Threads. Ini perlu dilakukan pada Swiftkey dan Gboard. Tidak seperti di Android, iOS tidak membenarkan tampalan GIF secara automatik.
- Tekan Post.
- Selesai.

