Carian
Nama Telefon Lipat OnePlus Mungkin Adalah OnePlus Open
July 7, 2023 Fahim Zahar

OnePlus mungkin akan kembalikan nama OPO yang sebelum ini terkenal di kalangan peminat untuk peranti OnePlus One. Peniris terkenal Max Jambor menemui penyenaraian di EUIPO peranti yang didakwa untuk telefon dengan skrin boleh-lipat pertama OnePlus akan menggunakan nama OnePlus Open.

Sebelum ini peranti ini dikatakan akan menggunakan nama OnePlus V Fold. Nama lain yang turut pernah tersenarai di laman EUIPO adalah OnePlus Wing, OnePlus Edge, OnePlus Prime, dan OnePlus Peak. Cuma “Open” adalah yang terkini ditemui da dipercayai mungkin nama akhir.

OnePlus Open dikhabarkan akan hadir dengan skrin dalam 7.8″ OLED, skrin luar 6.3″ OLED, bateri 4800mAh, pengecasan pantas 67W dan tri-kamera 48MP Hasselblad. Rekaan peranti pula dilihat akan mirip dengan Vivo X Fold2.

Komen