Cari @ Amanz

Era kenderaan bahan api fosil Lamborghini telahpun berakhir selepas pesanan untuk Hurucan dan Urus tidak lagi diambil. Dengan slot pesanan ditutup Lamborghini kini memulakan era kenderaan hibrid sepenuhnya bermula 2024. Ini didedahkan oleh CEO mereka Stephan Winkelmann dalam temubual bersama akhbar Welt di Jerman.

Syarikat kenderaan berprestasi tinggi ini akan membelanjakan 1.8 bilion Euro pada tahun 2024 untuk menghasilkan kenderaan hibrid sebelum menawarkan kenderaan elektrik sepenuhnya menjelang penghujung dekad 2020an.

Tindakan Lambroghini ini adalah berani kerana sejak mula mengeluarkan kereta lumba Lamborghini 350 GT pada tahun 1964 sebagai jawapan kepada Ferrari. Seperti Lamborghini, Ferrari juga akan mengeluarkan kenderaan elektrik menjelang 2025 tetapi tiada perancangan menghentikan pengeluaran kereta dengan enjin petrol.

Kerana status klasik kedua-dua syarikat ini, kerajaan Itali sanggup memohon pelepasan untuk mereka terus mengeluarkan kereta bahan api fosil di EU selepas tarikh akhir 2035.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd