Threads Melepasi 70 Juta Akaun Pengguna Dalam Masa Dua Hari
Effi Saharudin
Selepas dua hari dilancarkan, Threads kini mempunyai 70 juta pengguna berdaftar. Ini adalah peningkatan sebanyak 20 juta berbanding 50 juta pada hari pertama. Angka yang boleh dibanggakan apabila mengambil kira Threads belum dilancarkan di negara Kesatuan Eropah (EU) kerana undang-undang melibatkan penggunaan data peribadi.

Dari segi ciri Threads mempunyai kelebihan kerana tidak memerlukan akaun baharu dengan pengguna Instagram boleh menggunakannya secara terus. Bagi golongan selebriti, mereka tidak perlu menjalani proses pengesahan identiti sekali lagi kerana diimport daripada data Instagram. Masih terlalu awal untuk mengatakan Threads boleh menggantikan Twitter tetapi dalam masa dua hari sahaja jumlah penggunanya sudah lebih 1/5 daripada jumlah pengguna Twitter.
[sumber] Zuck@Threads [/sumber]