Samsung mengesahkan sedang membangunkan set kepala realiti terimbuh AR dengan kerjasama Google dan Qualcomm pada awal tahun ini. Tetapi menurut laporan SBS Biz, pembangunannya kini ditangguh selema enam bulan disebabkan oleh kewujudan Apple Vision Pro.
Pada awalnya set kepala ini turut akan dilancarkan pada awal 2024. Selepas melihat keupayaan dan ciri-ciri Vision Pro, Samsung mengambil keputusan set kepala mereka perlu menjalani proses rekaan semula. Jika cirinya tidak sekurang-kurangnya setanding dengan Vision Pro ia pastinya akan memalukan bukan sahaja Samsung tetapi juga Google dan Qualcomm.
Dalam pasaran set kepala sekarang tiada satupun mempunyai ciri yang setanding dengan Vision Pro dari segi resolusi skrin, integrasi ekosistem yang lengkap dan penggunaan skrin sekunder di luar. Menarik melihat apakah yang bakal dilancarkan Samsung untuk menandingi Apple kelak. Set kepala HMD Odyssey pernah dikeluarkan oleh Samsung pada tahun 2018 tetapi tidak dijual ke pasaran terbuka sebelum pengeluaran dihentikan.