Berita Buruk – Rekod Suhu Purata Bumi Paling Panas Dicatatkan Minggu Lalu
Effi Saharudin
Rekod suhu purata dunia paling panas pernah direkodkan telah dicatatkan pada minggu lalu menurut data daripada Agensi Meteorologi Jepun. Suhu 17.24 °C dicatatkan pada 7 Julai memintas rekod 17.23 °C yang dicatatkan tiga hari sebelumnya.

Walaupun data terkini Agensi Meteorologi Jepun ini belum dianalisa sepenuhnya oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO), ia konsisten data yang dikumpulkan oleh Pentadbiran Atmosfera Lautan Kebangsaan (NOAA) dan Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus Kesatuan Eropah.
Tahun ini pelbagai rekod baharu yang merisaukan telah dicatatkan seperti suhu tertinggi pada bulan Mei dan Jun dan pengurangan 17% ais di permukaan Lautan Atlantic Utara pada musim sejuk. Langkah yang diambil untuk mengurangkan pemanasan global nampaknya tidak mendatangkan kesan.
Pada tahun 2019, kepekatan karbon dioksida di udara paling tinggi telah dicatatkan sementara suhu di Antartika mencecah 18.3 °C yang juga tertinggi pernah direkodkan.
[Sumber[ World Metereology Organisasi [/sumber]