iOS 17 adalah sistem operasi generasi seterusnya oleh Apple untuk iPhone. Kemas kini ini kelak akan hanya ditawarkan kepada 20 iPhone bermula dengan iPhone 11. Terdapat banyak ciri menarik yang ditawarkan seperti StandBy, peta luar talian, Contact Poster dan banyak lagi.
Hari ini Apple mula menawarkan iOS 17 Public Beta kepada yang ingin mecuba. Perlu diingatkan yang versi beta masih lagi dalam peringkat pembangunan dan tidak cukup stabil untuk penggunaan harian, lagi-lagi ketahanan bateri.

Memasang iOS 17 beta pada peranti anda turut tidak memberi akses kepada semua ciri dan fungsi baharu. Misalnya Live Voicemail dan Journal masih belum ditawarkan. Pada masa yang sama Apple turut menawarkan beta umum untuk macOS Sonoma, tvOS 17 dan watchOS 10.
Mereka yang berani mencuba boleh klik pautan di bawah untuk mula mendaftar. Selamat mencuba!