Tesla sedia menjadualkan pengumuman rasmi berkaitan fokus mereka untuk pasaran Malaysia pada 20 Julai 2023 ini. Selari ke arah pelancarannya, beberapa perbincangan melibatkan Tesla dan kerajaan Malaysia giat berjalan, termasuk PM Anwar Ibrahim yang dijadualkan bertemu dengan Elon Musk.
Terbaru, Menteri Besar Johor turut menyatakan telah berkesempatan berbincangan dengan pihak Tesla baru-baru ini. Melaluinya, beberapa perancangan telah diutarakan kepada pihak Tesla, termasuk kesediaan dan potensi Johor menjadi lokasi penubuhan rangkaian Supercharger Tesla.
Buat masa ini, ia adalah perbincangan pada fasa yang sangat awal, dan tidak diketahui lagi apakah perancangan yang direncana yang bakal direalisasikan. Semestinya langkah pengenalan ini akan menguntungkan Malaysia, dan sama-sama kita nantikan perkara gembira berkaitan perkara ini.