Cari @ Amanz

Model bahasa raya (LLM) Llama-2 dilancarkan oleh Meta kepada penyelidik dan pengguna komersial bermula hari ini. Serentak dengan pelancarannya hari ini, Qualcomm mengatakan Llama-2 akan disokong secara terbina pada cip keluaran mereka bermula 2024.

Cip dari keluarga Snapdragon disahkan akan menyokongnya pada telefon pintar dan juga pada cip untuk komputer riba dan set kepala AR/VR. Dengan model disokong terus pada peranti, pemproses lebih pantas dapat dilakukan tanpa memerlukan sambungan internet. Lebih penting sekali ialah data yang diproses tersimpan dalam peranti mengelakkan isu privasi yang kini menjadi isu penting industri.

Ini membuka peluang. kepada produk masa hadapan dengan kemampuan kecerdasan buatan (AI) yang lebih baik. Dengan teknologi AI generatif kini semakin mendapat perhatian pengguna, kemampuan menjalankan model dalam peranti akan mempercepatkan integrasinya dalam kehidupan harian. Meta telahpun mengesahkan set kapal Quest mereka akan menggunakan cip Qualcomm. Apabila Quest 3 dilancarkan September depan, integrasi Llama-2 mungkin akan dilakukan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd