Cari @ Amanz

Honor Magic Vs adalah antara telefon lipat terbaik pernah kami ulasa di Amanz. Ia mempunyai kamera yang bagus, perisian yang baik dan memberikan pengalaman penggunaan yang memuaskan. Lebih menarik, harga jualannya adalah lebih murah berbanding Samsung.

Dengan Samsung baru-baru ini telah melancarkan Galaxy Z Flip5, telefon jenis cankerang generasi kelima mereka, Honor dilihat sudah bersedia untuk bersaing dengan Samsung. Telefon cangkerag pertama Honor akan dilancarkan pada tahun 2024.

Huawei P50 Pocket

Buat masa ini masih tiada sebarang informasi mengenai apakah keunikan telefon cangkerang Honor boleh tawarkan. Tahun ini Motorola Razr 40 Ultra (Razr+) dan Galaxy Flip5 menawarkan skrin luar yang besar, Honor harus mempunyai ciri lebih kurang sama dengan harga yang kompetitif atau rekaan unik seperti Magic V2 mereka yang menjadi telefon lipat ternipis dunia.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd