Carian
Skrin 9.94″ OLED Ini Boleh Dilipat Tiga Untuk Kegunaan Dalam Kereta
August 2, 2023 Effi Saharudin

Samsung dan TCL pernah menunjukkan prototaip peranti skrin boleh-lipat mereka sejak dua tahun kebelakangan ini. Namun begitu penggunaannya pada peranti sebenar masih belum berlaku memandangkan tiada permintaan buat masa ini. Di Chia, syarikat Tianma Microelectronics telah mengumumkan skrin 9.94″ OLED yang boleh dilipat tiga khusus untuk kegunaan dalam kokpit kereta.

Apabila dalam kedudukan terbuka, ia boleh memaparkan aplikasi navigasi, pemain muzik dan kawalan sistem pendingin hawa dalam kereta. Ia kemudiannya boleh dilihat menjadi skrin lebih kecil bagi mengelakkan gangguan kepada pemandu. Pihak Tianma tidak berkongsi sama ada prototaip ini akan dijual kepada pelanggan berminat ataupun sekadar konsep semata-mata.

Terdapat pelbagai penyelesaian menarik digunakan oleh pengeluar kereta moden untuk mengintegrasikan sistem maklumat pemanduan, sistem infohibur dan kawalan dalaman kenderaan. Samsung pernah menunjukkan konsep kokpit kereta dengan skrin gergasi yang bergulung sementara Mercedes pula menggunakan sistem MBUX Hyperscreen yang meliputi keseluruhan papan pemuka.

Komen