Steve Jobs sebelum ini telah meninggal dunia disebabkan oleh penyakit kanser pada tahun 2011 yang lepas. Kini, dalam usaha mengatasi penyakit berkenaan, anak Steve Jobs, Reed Jobs telah memulakan sebuah firma pelaburan baharu dengan fokus untuk melabur pada pembangunan rawatan kanser.
Firma baharu yang dinamakan Yosemite bersempena dengan lokasi perkahwinan Steve Jobs. Firma ini telah meraih dana sebanyak $200 juta daripada sejumlah institusi dan pelabur, dan akan memfokuskan pelaburan pada syarikat-syarikat yang membangunkan rawatan dan ubat untuk kanser.
Mungkin kita akan mendengar berkenaan dengan pelaburan oleh Yosemite ini dalam bulan-bulan akan datang. Terdapat beberapa pihak yang sedang membangunkan rawatan dan ubat untuk kanser, termasuk Amazon dan Moderna. Ia turut diperkatakan vaksin untuk kanser mungkin tersedia seawal 2030 kelak.