Sebanyak 300,000 Ray-Ban Stories Terjual Tetapi Kurang 30% Masih Digunakan
Effi Saharudin
Pada tahun 2021, Meta melancarkan Ray-Ban Stories iaitu sepasang cermin mata hitam pintar yang dilengkapi kamera. Rekaannya mirip dengan kaca mata hitam Ray-Ban normal yang bergaya dengan kamera tidak kelihatan begitu ketara. Menurut laporan Wall Street Journal, selepas hampir dua tahun dilancarkan dokumen mendedahkan hanya sekitar 300,000 pasang Ray-Ban Stories berjaya dijual.

Daripada angka ini, hanya 27,000 pasang cermin mata ini masih digunakan secara aktif setiap bulan. Selain itu kadar pulangan semula adalah sekitar 13%. Maklum balas pelanggan juga kurang memberangsangkan dengan isu seperti bateri yang tidak tahan lama, sukar memindahkan media keluar, kawalan suara yang tidak memuaskan dan isu dengan sistem audio.
Ray-Ban Stories adalah cermin pintar pertama Meta yang dijual kepada orang ramai. Sebelum itu Project Aria diumumkan dengan ia hanya diberikan kepada kakitangan untuk diuji sekitar kampus Meta. Sungguhpun jualan Ray-Ban Stories generasi pertama ini kurang memberangsangkan, Meta dijangka melancarkan generasi kedua tahun ini dengan beberapa peningkatan kemampuan.
[sumber] Wall Street Journal [/sumber]